GRUP Infinite bukan sahaja menjadi kegilaan
peminat malah turut dipuja oleh golongan artis. Sehingga kini beberapa
artis seperti pelawak dan pengacara Boom, ketua kumpulan Kara, Gyuri dan
pelakon jelita Lee Da Hae secara terbuka mengakui meminati kumpulan
tujuh anak muda kacak yang berbakat ini.
Menariknya di sebalik populariti yang dikecapi itu, Infinite tidak
cepat lupa daratan bahkan tetap menunjukkan sikap rendah diri.
Baru-baru ini, lensa kamera peminat sempat merakamkan sikap baik hati
anggota kumpulan itu. Ketika selebriti lain sudah pun meninggalkan
stadium tempat rakaman 'Idol Star Athletics & Swimming Championships',
anggota Infinite dilihat membantu krew penerbitan MBC membersihkan
sampah-sarap termasuk pom-pom yang ditinggalkan oleh artis lain yang
menjadi peserta program itu.
Para peminat cukup terharu dengan sikap ringan tulang dan baik hati
yang ditunjukkan oleh Infinite, walaupun mereka mungkin melakukan
tindakan itu untuk menggembirakan penyokong setia Infinite.
Patutlah Infinite begitu cepat mendaki tangga populariti dan dilihat
sebagai antara grup baru yang dihormati dalam industri hiburan Korea.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar